1
2 4
3 5
 
 
 
 

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) Terima Geran Penyelidikan Exxonmobil

   
   

Pada 19 Oktober 2009, di Kuala Lumpur Convention Centre, berlangsung majlis penyerahan replika cek oleh oleh Pengurus Hal Ehwal Awam dan Perhubungan Kerajaan ExxonMobil Malaysia, Farid Jaafar kepada Prof. Madya Dr. Azuraliza Abu Bakar dari FTSM. Penyerahan cek tersebut adalah simbol kepada pemberian geran penyelidikan bernilai RM30,000 yang diberi kepada penyelidik dari Kumpulan Penyelidikan Perlombongan Data dan Pengoptimuman (DMO), Pusat Teknologi Kecerdasan Buatan, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat.

Pemberian geran ini membuktikan kajian penyelidik dari FTSM dalam bidang berkaitan gas dan minyak berjaya menarik minat Exxonmobil Malaysia. Menurut Encik Farid, pihaknya menerima 62 kertas cadangan daripada 10 buah universiti awam tempatan dan hanya lima yang terbaik dipilih untuk menerima geran penyelidikan tersebut.

Dekan Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat merangkap Ketua Nic ICT:Informatik Isian dan Ketua Kumpulan Penyelidikan Perlombongan Data dan Pengoptimuman UKM, Prof. Dr. Abdul Razak Hamdan yang turut hadir pada majlis tersebut berkata, pembiayaan penyelidikan tersebut merupakan satu perkembangan yang baik dalam usaha UKM meningkatkan hubungan dua hala dengan pihak industri.

Kajian Dr. Azuraliza yang bertajuk “Pengesanan Wabak Akibat Pencemaran Gas dan Minyak Menggunakan Kaedah Perlombongan Data Pola Berjujukan” merupakan sebahagian daripada teknologi hijau. Kajian beliau adalah untuk membangun perisian perlombongan data yang dapat memberi amaran awal kepada syarikat minyak dan gas tentang kemungkinan berlakunya pencemaran alam sekitar kesan daripada operasi minyak dan gas di kawasan operasi cari gali dan industri hiliran sektor berkenaan.

Penyelidikan ini dapat membantu syarikat minyak dan gas beroperasi tanpa menjejas alam sekitar serta meningkatkan tahap keselamatan pekerja dan penduduk setempat.

 

Foto dari Akhbar Utusan Malaysia, 20 Oktober 2009, UKM

 

 
 
 

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi Selangor, MALAYSIA. Tel: +603 8921 5555, e-mel: webmaster@ukm.my
Laman web ini diselenggarakan oleh Unit Kandungan Web Universiti (UNIKWeb)
Penafian. Hakcipta © Universiti Kebangsaan Malaysia 2008