Laman Web : http://www.ukm.my/pkk
_______________________________________________________________________________

Pusat Komunikasi Korporat (PKK), Universiti Kebangsaan Malaysia, ialah entiti  yang mengendalikan urusan  komunikasi dengan publik dalaman dan luaran seperti pelajar, orang ramai, alumni, media dan sebagainya. Ia diwujudkan pada 11 Februari 2010 melalui penstrukturan semula yang menggabungkan  Pejabat Perhubungan Awam dan Korporat (PPAK) dan Unit Kandungan Web Universiti (UnikWeb). Berikutan gabungan itu Unikweb diperluaskan peranannya dan ditukar nama menjadi Portal Berita UKM.  Seiring dengan itu, Web TV UKM diwujudkan untuk membolehkan aktiviti penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan yang dijalankan oleh UKM dibuat liputan bukan saja melalui berita bertulis tetapi juga menggunakan video, dan kedua-duanya disalurkan melalui internet.

Penstukturan semula ini dilakukan selaras dengan kenaikan status Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)  sebagai sebuah universiti yang memberi tumpuan kepada penyelidikan. Berikutan dengan itu terdapat keperluan mendesak untuk menyebarluas dan mempromosi aktiviti penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan yang dilaksanakan di UKM bukan saja untuk makluman masyarakat Malaysia tetapi juga masyarakat dunia yang dilakukan melalui media konvensional dan media baru.

Sebelum penstrukturan itu, Pejabat Perhubungan Awam dan Korporat adalah sebahagian daripada Pusat Perancangan Korporat dan Komunikasi (PPKK), manakala Unit Kandungan Web (Unikweb) terletak di bawah Pusat Teknologi Maklumat (PTM). Pejabat Perhubungan Awam yang wujud sejak penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1970, secara sendiri telah melalui banyak perubahan dan beberapa kali menjadi sebahagian daripada beberapa unit lain.


Fungsi Pusat Komunikasi Korporat Kini
Fungsi teras PKK ialah pengurusan acara bagi aktiviti utama UKM, menguruskan hal-ehwal hubungan masyarakat dan urusan korporat segala kegiatan universiti yang memberi faedah kepada UKM, penyediaan ucapan rasmi pegawai utama UKM, penerbitan korporat  iaitu Senada dan Resonance,  hubungan media, promosi pendidikan dan lawatan pihak luar, khususnya pelajar sekolah, ke UKM.  PKK juga mengendalikan papan digital  dan buletin ewarga yang digunakan untuk menyampai maklumat dan berita terkini kepada seluruh warga UKM.

Selain itu ia juga menyelaras  laman web  fakulti, institut  dan pusat perkhidmatan di seluruh UKM.

Penubuhan unit Portal Berita UKM dan Web TV UKM meluaskan lagi fungsi PKK sebagai sebuah pusat sehenti komunikasi yang mengumpul, menerbit dan menyebarluaskan bahan berita sendiri, yang sebelum ini hanya bergantung kepada organisasi media luar untuk melakukannya.

_______________________________________________________________________________

Pengarah
Pusat Komunikasi Korporat, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM, Bangi, Selangor Darul Ehsan
Tel: 603 8921 5540 / 4605 / 3370  Faks: 8921 4097
Laman Web : http://www.ukm.my/pkk
E-mel :
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya / Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

MyGoverment MSC MAMPU 1Malaysia Jom Masuk U MOF SKMM

PENAFIAN l HAK CIPTA l DASAR PRIVASI l DASAR KESELAMATAN l MAKLUM BALAS & ADUAN l LOG-IN

Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox, Internet Explorer 7.0, Opera dan Safari dengan resolusi 1024x768.
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM, Bangi Selangor, MALAYSIA. l Tel : 603 8921 5555 l Faksimili : 603 8921 4097 l E-mel :
webmaster@ukm.my
Dibina dan diselenggara oleh Pusat Komunikasi Korporat / Copyright © Universiti Kebangsaan Malaysia Tarikh akhir dikemaskini : 9 April 2013

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
Visitors Counter
Lalebata