Karnival Pendidikan Tinggi Negara

Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) atau dikenali juga sebagai Karnival Jom Masuk IPT datang lagi untuk kali ke-12 di tahun 2016.

Program anjuran Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) ini membekalkan maklumat terkini berkenaan program-program pengajian yang ditawarkan oleh Universiti Awam (UA), IPT, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bagi Sesi Akademik 2016/2017.

Berikut adalah kalendar atau jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2016 yang menyatakan tarikh serta lokasi program ini diadakan.

Berikut adalah waktu mula dan tamat karnival. Masuk ke Karnival Jom Masuk IPT/U adalah percuma.

  • 9:00 pagi – 6:00 petang (Semenanjung Malaysia)
  • 8:30 pagi – 5:30 petang (Sabah & Sarawak)

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila hubungi UPU di talian helpline 03-8870 6777 atau 03-8870 6755 / 6778.

Semoga maklumat yang diperolehi dapat membantu bakal mahasiswa dalam membuat pilihan tepat sebelummemohon ke UA / IPTA / ILKA.

Zon 6 (Zon Penutup)

Tarikh: 2 – 3 April 2016
Majlis penutupan pada 2 April 2016 di Dewan Gemilang
Masa Pameran: 9.00 pagi hingga 6.00 petang
Tempat: Dataran Gemilang, UKM, Bangi, Selangor

Pertanyaan lanjut sila hubungi:

Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-8911 8462 / 8463/8464/8468
Faks: 03-8911 8471
Emel: akad@ukm.edu.my

Zon 1 –Perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah
ipt_kedah

Zon 2 –Dataran DABS, Kampus Gong Badak, UNISZA, Kuala Terengganu, Terengganu
ipt_terengganu

Zon 3 –PERSADA, Johor Bahru, Johor
ipt_johor

Zon 4 –One Borneo Hypermall, Kota Kinabalu, Sabah
ipt_sabah

Zon 5 –Pullman Hotel & Hill Shopping Mall, Kuching, Sarawak
ipt_sarawak