Language

Bahasa

Penterjemah Google

Penafian Terjemahan Bahasa Ketiga

Sila ambil perhatian bahawa laman yang akan dipaparkan selepas pengalihbahasaan secara automatik oleh komputer . Kebarangkalian kandungan mungkin berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan. Universiti Kebangsaan Malaysia tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kesalahan maklumat yang mungkin terjadi dari kandungan yang telah dialih bahasa. Kandungan rasmi hanya pada laman yang asal di dalam Bahasa Inggeris dan Malaysia.

Portal Rasmi UKM

Lawatan ke UKM

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan pada 18 Mei 1970 dengan aspirasi untuk melihat Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta bahasa pengantar dalam semua bidang pengajian dan keilmuan. Kini dengan 13 buah fakulti dan 13 buah institut serta dua buah anak syarikat iaitu UKM Holdings Sdn Bhd dan UKM Technology Sdn Bhd, kami mahu anda melihat dan merasai sendiri pengalaman kehidupan di kampus ini. Dalam lawatan kampus ini, pemandu pelancong yang merupakan pelajar UKM akan membawa anda menelusuri seluruh kawasan kampus serta melihat sendiri kehidupan sebagai seorang pelajar universiti. UKM menawarkan lawatan kampus sepanjang tahun serta beberapa kali dalam setahun akan diadakan beberapa acara lawatan khas.

Tanpa mengira bagaimana anda memilih untuk melawat kampus UKM ini, kami berharap anda akan berpuas hati dan berasa gembira dengan lawatan ini
 Maklumat lanjut sila hubungi :

Pn. Julaiha Muhammad
Pegawai Khidmat Pelanggan
Pusat Komunikasi Korporat, UKM
Tel : +603 8921 5540
E-mel : julie@ukm.edu.my

Font Resize
Contrast