1
2 4
3 5
 
 
»Penerbitan
   
   
 
   
 
 
 
 
 
   

Pengenalan

Laman ini mengandungi pelbagai bahan dalam bentuk elektronik. Sesetengahnya boleh dibaca kandungannya secara keseluruhan, sesetengahnya pula dapat dibaca abstraknya sahaja.

Senada dan Resonance adalah dua penerbitan yang diterbitkan sebulan sekali oleh Pejabat Perhubungan Awam dan Korporat, UKM. Senada diterbitkan dalam bahasa Melayu manakala Resonance diterbitkan dalam bahasa Inggeris. Sila layari laman web Pejabat Perhubungan Awam dan Korporat untuk membaca terbitan ini.


Jurnal-e


Jurnal-jurnal seperti yang disenaraikan di bawah adalah jurnal berwasit. Sila klik pada nama Jurnal untuk membaca keseluruhan makalah dalam jurnal-jurnal berikut.

 

Penerbitan Akademik

Jurnal terbitan Penerbit UKM

Sila klik pada nama Jurnal untuk melayari laman Jurnal berkenaan.


Akademika
Akademika merupakan jurnal bidang sains kemasyarakatan dan kemanusiaan diterbitkan oleh Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia bagi pihak Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM. Ia diterbitkan dua kali setahun pada bulan Julai dan Disember dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Tujuan utama jurnal ini ialah untuk menyediakan satu saluran bagi menerbitkan hasil penyelidikan pelbagai disiplin yang mencakupi aspek permasalahan masyarakat dan persekitarannya, terutama yang merujuk kepada alam Malaysia. Selain itu, jurnal ini juga menerbitkan makalah kritikan, nota teknikal dan ulasan buku yang berkait dengan sains kemasyarakatan dan kemanusiaan.


Islamiyyat
Islamiyyat diterbitkan oleh Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia bagi pihak Fakulti Pengajian Islam, UKM. Jurnal ini diterbitkan dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Arab, satu keluaran setahun. Rencana yang dimuatkan mencakupi semua bidang Pengajian Islam, terutama dalam bidang Usuluddin dan Falsafah, Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Syariah dan Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah. Jurnal ini juga menerima karya daripada bidang lain yang ditulis daripada perspektif Islam.


Jurnal Ekonomi Malaysia
Jurnal Ekonomi Malaysia diterbitkan oleh Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia bagi pihak Fakulti Ekonomi, UKM. Ia diterbitkan sekali setahun pada bulan Disember. Ia mengandungi makalah penyelidikan, nota ringkas, analisis, komen dan ulasan buku berhubung dengan semua aspek ekonomi, terutama yang berkait dengan Dunia Ketiga. Makalah ini ditulis sama ada dalam bahasa Melayu ataupun Inggeris.


Jurnal Kejuruteraan
Jurnal Kejuruteraan diterbitkan sekali setahun dalam bahasa Melayu dan Inggeris oleh Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia bagi pihak Fakulti Kejuruteraan, UKM. Jurnal ini menjadi saluran bagi menerbitkan karya dalam semua bidang kejuruteraan seperti eksperimentasi (teknik dan data), peraga teori yang baru, ulasan serta perbincangan ke atas kerja yang telah diterbitkan.


Jurnal Pendidikan
Jurnal Pendidikan diterbikan sekali setahun oleh Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia bagi pihak Fakulti Pendidikan, UKM. Tujuan utama jurnal ini ialah untuk menyediakan saluran bagi menerbitkan karya penyelidikan, makalah dan ulasan berhubung dengan semua aspek pengajaran dan pembelajaran tinggi termasuk isu-isu semasa dalam pendidikan sama ada di dalam atau di luar negara. Rencana ditulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris.


Jurnal Pengurusan
Jurnal Pengurusan diterbitkan oleh Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia bagi pihak Fakulti Pengurusan Perniagaan, UKM, sekali setahun pada bulan Julai, dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Tujuan utama jurnal ini ialah untuk menyediakan satu saluran bagi menerbitkan rencana yang berasaskan penyelidikan, pemikiran asal, dan ulasan-ulasan mengenai pengurusan, pemasaran, kewangan, perakaunan, pencukaian dan bidang pengurusan lain yang berkaitan.


Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
Jurnal Sains Kesihatan Malaysia menerbitkan manuskrip asli dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang meliputi keseluruhan bidang sains perubatan dan kesihatan seperti audiologi, biokimia, dietetik, entomologi perubatan, farmasi, farmakologi, toksikologi, fisiologi, fisioterapi, imunologi, mikrobiologi, pergigian, pengimejan diagnostik, pemakanan, parasitologi, patologi, optometri, kesihatan masyarakat, psikologi klinikal, radioterapi, terapi pertuturan dan sains sukan.


Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia
Jurnal ini berkisar mengenai bidang teknologi maklumat, dengan penekanan khusus kepada perkembangan dan masalah di Malaysia dan negara membangun.


Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat
Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat (JUUM) diterbitkan setahun sekali oleh Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Ia merupakan sebuah jurnal yang menitikberatkan pembentukan undang-undang dan pemakaiannya kepada anggota masyarakat. Tujahannya ialah kepada tiga bidang utama iaitu Undang-undang Sivil, Undang-undang Syariah dan Undang-undang Perbandingan. Objektif utama JUUM ialah untuk mendedahkan hasil kajian dan dapatan dalam bidang perundangan, di samping bertujuan menilai dan mencari alternatif demi menegakkan undang-undang yang lebih adil dan mengutamakan kesejahteraan masyarakat sejagat.


Sains Malaysiana
Sains Malaysiana diterbitkan enam kali setahun.  Ia mengandungi makalah-makalah dalam bidang Sains Bumi, Fizis, Hayat, Kesihatan dan Matematik yang ditulis dalam Bahasa Melayu atau Inggeris.  Tujuan utama jurnal ini ialah untuk menyediakan saluran bagi menerbitkan karya penyelidikan yang dijalankan di Universiti Kebangsaan Malaysia dan lain-lain institusi.  Artikel dalam SAINS MALAYSIANA dindeks dan diabstrak dalam ISI Thomson Reuters (Science Citation Index Expanded/SciSearch®, Journal Citation Reports/Science Edition), SCOPUS, Google Scholar, MYAIS, Chemical Abstracts, Zentralblatt MATH dan Zoological Records.


Sari
Sari diterbitkan oleh Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia bagi pihak Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM, sekali setahun, dalam bahasa Melayu-Indonesia dan Inggeris. Tujuan utama jurnal ini ialah menerbitkan karya penyelidikan dalam bidang pengajian Melayu. Jurnal ini juga menggarap aspek-aspek bahasa dan linguistik, dialek dan penggunaan bahasa, sastera lama dan baru yang merangkumi perspektif sejarah, teori dan kritikan.


Buku-e


Penerbitan Fakulti Kejuruteraan



Penerbit UKM

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia adalah imprin penerbitan ilmiah Universiti yang diletak di bawah Pejabat Canselori. Penerbit UKM ditadbir oleh Jawatankuasa Penerbitan Universiti yang dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal-ehwal Akademik. Pada masa ini Penerbit UKM diketuai oleh seorang Pegawai Penerbitan yang bertanggungjawab kepada Naib Canselor dan juga Pengerusi Sidang Pengarang Universiti. Tugas Sidang Pengarang Universiti memutuskan sama ada sesebuah manuskrip mempunyai mutu isi dan ilmiah yang sesuai untuk diterbitkan. Jawatankuasa penerbitan telah ditubuhkan pada tahun 1970 dan dalam mesyuarat pada bulan Januari 1971, telah ditetapkan bahawa segala penerbitan ilmiah/akademik dalam bentuk buku, jurnal dan sebagainya yang diusahakan dalam Universiti hendaklah disalurkan melalui Sidang Pengarang Universiti.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila layari laman web Penerbit UKM http://www.ukm.my/penerbit

 

 

   
 
 
 

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi Selangor, MALAYSIA. Tel: +603 8921 5555, e-mel: webmaster@ukm.my
Laman web ini diselenggarakan oleh Unit Kandungan Web Universiti (UNIKWeb)
Penafian. Hakcipta © Universiti Kebangsaan Malaysia 2008