1
2 4
3 5
 
 
»UKM yang Bitara
   
   
   

UKM yang Bitara memaparkan maklumat khusus tentang aspirasi yang membawa kepada penubuhan UKM.  UKM meneruskan misi “kebangsaan” nya bagi memenuhi tuntutan rakyat yang memperjuangkan penubuhan universiti. Maklumat ini disemadikan untuk paparan umum dan generasi akan datang supaya dapat memahami hasrat penubuhan sebuah universiti kebangsaan seperti yang dikehendaki oleh rakyat.

UKM yang Bitara membantu memperkasakan UKM terutamanya dalam aspek penghujahan isu semasa serta membudayakan perdebatan terbuka oleh para sarjana. Ahli akademik serta pegawai/kakitangan UKM boleh menulis karya ilmiah yang memaparkan keunikan serta kelebihan UKM sebagai satu-satunya universiti kebangsaan di Malaysia.

Terma dan Syarat Mengepos Artikel
Semua peserta yang ingin mengambil bahagian dikenakan syarat ketika hendak mengepos sebarang komentar.  Syarat tersebut ialah:

  1. UKM (PPKK) berhak untuk menyunting artikel sebelum disiarkan.
  2. UKM (PPKK) berhak menghalang artikel daripada diterbit sekiranya ada pendapat yang:
    1. mengguna bahasa yang keras dan tidak sesuai,
    2. mengandungi penyataan fitnah dan mencerca,
    3. melanggar hak kebersendirian pihak ketiga,
    4. mengandungi iklan dan tujuan komersial,
    5. apa-apa yang melanggar dasar ICT UKM dan garis panduan pembangunan laman web .
  3. UKM tidak bertanggungjawab  mengesahkan sebarang komentar yang dipos kepada pejabat pengurusan laman web termasuklah ketepatan, kesahihan atau pematuhan terhadap hak cipta dan peraturan lain, dan juga tidak bertanggungjawab dalam pemantauan atau pengesahan identiti peserta yang mengepos komentar.
  4. Sebarang pendapat, penyataan dan kandungan artikel oleh pihak ketiga yang lain adalah tanggungjawab pengarang dan tidak mewakili atau mencerminkan UKM.

Senarai artikel UKM yang Bitara:

1. UKM: Mencerna Citra Keunggulan Kebangsaan oleh Abd. Razak Hussin

 

 
 
 

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi Selangor, MALAYSIA. Tel: +603 8921 5555, e-mel: webmaster@ukm.my
Laman web ini diselenggarakan oleh Unit Kandungan Web Universiti (UNIKWeb)
Penafian. Hakcipta © Universiti Kebangsaan Malaysia 2008