TURNITIN

tii-logoTurnitin merupakan perisian yang digunakan untuk mengesan dan mencegah plagiarism dan sistem yang berasaskan web ini dimiliki oleh Turnitin.com.

Turnitin boleh digunakan sebagai medium pembelajaran kerana sistem ini berupaya memberi pengetahuan kepada pelajar bagaimana untuk menggunakan sumber dan memupuk kesedaran tentang kemahiran memparafrasakan dan memetik petikan dari sumber agar dapat mengelakkan berlakunya plagiat.

Dalam pengajaran pula, pengajar berupaya mengenal pasti sumber maklumat yang diperolehi oleh pelajar serta menjimatkan masa dalam pencarian sumber maklumat. Sistem ini juga boleh mengeluarkan laporan keaslian(Originality Reports) untuk tujuan pelaporan.

Pihak Pusat Teknologi Maklumat , UKM telah melanggan perkhidmatan ini untuk kegunaan pelajar dan pensyarah UKM. Lesen perisian akan diperbaharui setiap tahun. Buat masa ini lesen yang diperolehi adalah untuk kegunaan pensyarah dan pelajar pascasiswazah dan meliputi fungsi OriginalityReports, GradeMark dan PeerMark.

Maklumat selanjutnya boleh diperolehi dengan melayari laman http://www.turnitin.com. Pihak PTM,UKM berharap dari perkhidmatan ini dapat membantu universiti mencegah plagiarism di kalangan pelajar.

Sebarang maklumbalas / aduan boleh disalurkan di Sistem Maklum Balas dan Aduan UKM(eFACT)

Polisi Penggunaan Turnitin | Panduan Pengguna | CARTA ALIR PERMOHONAN ID INSTRUKTOR TURNITIN BAGI PENSYARAH UKM | Borang Permohonan Turnitin| SOAL SELIDIK KEPUASAN PELANGGAN