HomeMengenai PPAPenyataan Kualiti

Penyataan Kualiti

MISI

Meneraju dan memimpin ke arah pendidikan berkualiti yang bertaraf dunia melalui perancangan dan perlaksanaan program pembangunan akademik, inovasi kurikulum serta pengajaran dan pembelajaran.

WAWASAN

Bertekad menjadi pusat rujukan dan penggerak program pembangunan akademik bagi merealisasikan UKM sebagai pusat ilmu terpilih sebelum 2015.

MATLAMAT

  • Menjamin dan memantau kualiti program pengajian akademik
  • Meneraju reka bentuk kurikulum yang berdaya saing dan inovatif
  • Mereka bentuk persekitaran pengajaran dan pembelajaran fizikal dan maya yang kondusif untuk menghasilkan pelajar yang kompeten
  • Membangun dan melaksanakan program pembangunan bakat bagi mencapai tahap profesional yang berkualiti dan tinggi

DASAR KUALITI

Menyediakan perkhidmatan secara profesional bagi menjamin dan memantapkan program PPA untuk menepati kepuasan pelanggan

STRATEGI

  • Memastikan matlamat pendidikan UKM dicapai oleh semua pelajar
  • Memastikan program pengajian akademik dilaksanakan berdasarkan Kerangka Kelayakan Malaysia.
  • Mengenal pasti bentuk kurikulum yang berdaya saing peringkat antarabangsa
  • Memupuk budaya kesarjanaan dalam pengajaran dan pembelajaran.
  • Menyediakan wadah wacana ilmiah tentang kurikulum pengajian tinggi.
  • Menyediakan kerangka kurikulum inovatif
  • Menyediakan garis panduan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pembelajaran
  • Menyediakan wadah penyampaian pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi terkini
  • Menyediakan kaedah penyeliaan pelajar yang berkesan
  • Memantapkan kemahiran pasukan jurulatih yang profesional untuk melaksanakan program pembangunan PPA.
  • Menyediakan program perkembangan akademik dan profesional secara bersemuka dan blended
  • Mewujudkan sistem pemantauan perkembangan akademik profesional berterusan (SPPB)

LAST_UPDATED2