Pembelajaran berpusatkan pelajar adalah pendekatan pembelajaran yang berkesan dan dalam jangka masa panjang persekitaran pembelajaran berpusatkan pelajar dapat menghasilkan graduan yang mempunyai kemahiran pembelajaran sepanjang hayat dan membentuk graduan yang berdikari. Di samping itu, Universiti Kebangsaan Malaysia adalah komited dalam melaksanakan kurikulum berasaskan hasil selaras dengan keperluan Kerangka Kelayakan Malaysia. Kurikulum berasaskan hasil menekankan kepada persekitaran pengajaran, pembelajaran dan penilaian yang berfokuskan kepada pelajar.