HomeMuat TurunDasar UKM
Folder Path: \ Muat Turun P & P \
folder.png

Files:

  • pdf.png

    Dasar Etika Integriti

    File Size:
    43 KB
    Version:
    1.0

    Universiti Kebangsaan Malaysia menekankan kepada iklim budaya akademik yang mampu menghasilkan ilmu yang berkualiti dan yang boleh dipercayai. Budaya akademik dan integriti kesarjanaan tersebut akan terhakis sekiranya warga universiti khususnya pensyarah dan pelajar universiti terlibat dalam perbuatan memplagiat, pemalsuan dan fabrikasi data serta maklumat. Plagiarisme, pemalsuan dan fabrikasi merupakan fenomena dunia dan dalam konteks akademik ialah ketidakjujuran dalam akademik yang dilakukan oleh pelajar dan pensyarah. Plagiarisme, pemalsuan dan fabrikasi juga merupakan tingkahlaku yang melanggar etika dalam penerbitan.

  • pdf.png

    Dasar Pembelajaran Berpusatkan Pelajar

    File Size:
    128 KB
    Version:
    1.0

    Pembelajaran berpusatkan pelajar adalah pendekatan pembelajaran yang berkesan dan dalam jangka masa panjang persekitaran pembelajaran berpusatkan pelajar dapat menghasilkan graduan yang mempunyai kemahiran pembelajaran sepanjang hayat dan membentuk graduan yang berdikari. Di samping itu, Universiti Kebangsaan Malaysia adalah komited dalam melaksanakan kurikulum berasaskan hasil selaras dengan keperluan Kerangka Kelayakan Malaysia. Kurikulum berasaskan hasil menekankan kepada persekitaran pengajaran, pembelajaran dan penilaian yang berfokuskan kepada pelajar.

  • pdf.png
  • pdf.png
  • pdf.png

    Garis Panduan Lembaga Penasihat Program Pengajian

    File Size:
    68 KB
    Version:
    1.0

    Proses pemantauan, penilaian serta kajian semula program pengajian perlu dilaksanakan bagi memastikan kualiti graduan yang tamat mengikuti program pengajian terbabit mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan.

    Lembaga Penasihat Akademik merujuk kepada sekumpulan individu yang dilantik melaksanakan tanggungjawab menilai, memantau, serta mengkaji semula program pengajian.

JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL
Keputusan 1 - 5 daripada 14