Pusat Kajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

 Insan Jauhari Budi Berbakti

PROGRAM PENGURUSAN PERSEMBAHAN SENI

 

Program Pengurusan Persembahan Seni menawarkan ilmu berbentuk teori dan aplikasi dalam kajian kebudayaan dan kesenian Melayu. Adunan yang komprehensif antara kedua-dua bidang ilmu ini sesungguhnya berkemampuan melahirkan pakar dalam kajian budaya dan seni Melayu sekali gus berupaya melahirkan graduan yang berfikiran kreatif dan inovatif dalam melestarikan kebudayaan dan kesenian Melayu. Program ini menawarkan program-program Ijazah Sarjana Sastera yang dijalankan secara kerja kursus manakala program-program Ijazah Sarjana Falsafah dan Doktor Falsafah dijalankan secara penyelidikan sahaja.