Pusat Kajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

 Insan Jauhari Budi Berbakti

Program Pengajian Bahasa Melayu

20130405_174427

PENGENALAN

Program Pengajian Bahasa Melayu menawarkan ilmu teras dan aplikasi dalam kajian linguistik Melayu. Adunan yang komprehensif antara kedua-dua bidang ilmu ini sesungguhnya berkemampuan melahirkan pakar dalam kajian linguistik Melayu dan sekaligus tentu berupaya juga melahirkan graduan yang berfikiran kreatif, inovatif dan memiliki daya tahan kemelayuan yang tinggi.

Prinsip utama yang digunakan dalam mereka bentuk kurikulum Program adalah terkini, sentiasa peka dan berevolusi mengikut perkembangan ilmu dan teknologi, lengkap dan mantap. Prinsip yang digunakan juga mengambilkira visi Universiti yang berhasrat menjadi universiti bertaraf dunia. Sehubungan itu, visiĀ  Program memberikan pendidikan bersifat ilmiah dan saintifik tentang manusia, dan kebahasaan. Selain menawarkan ilmu teras dalam disiplin linguistik Melayu, program ini juga menerapkan pelbagai ilmu aplikasi yang selari dengan perkembangan linguistik Melayu semasa.

Sejak awal penubuhannya hingga sekarang, Program Kajian Bahasa Melayu telah mempunyai rekod pencapaian akademik yang amat membanggakan. Hal ini tergambar melalui komitmen tenaga pengajarnya terhadap pengajaran yang cemerlang, penglibatan secara terus menerus dalam penyelidikan yang berkualiti tinggi menggunakan dana UKM dan dana dari luar UKM di peringkat nasional dan juga antarabangsa, khidmat konsultasi dan kepakaran yang diberikan kepada pelbagai pihak luar dari UKM, dan sumbangan ilmiah serta profesional kepada beberapa dasar dan pelan negara.

VISI PROGRAM PENGAJIAN BAHASA MELAYU

Program Pengajian Bahasa Melayu bertekad untuk menjadi pusat pembelajaran, pengajaran, penyelidikan dan rujukan dalam bidang linguistik Melayu yang cemerlang berlandasakan Falsafah dan Misi Universiti dalam mencapai matlamat Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.

MISI PROGRAM PENGAJIAN MELAYU

Program Pengajian Bahasa Melayu berhasrat menjadi pusat pengajian terulung yang mengendalikan segala kursus berkaitan linguistik Melayu berlandaskan pengajaran, penyelidikan dan penerbitan.

MATLAMAT PROGRAM PENGAJIAN BAHASA MELAYU

Matlamat Program Pengajian Bahasa Melayu adalah untuk:

Memperkasa ilmu linguistik Melayu dari segi teori dan praktik.

Melahirkan graduan yang berkebolehan dari segi mengamati, menganalisis, memahami dan menangani persoalansemasa mengenai bahasa, manusia dan pembangunan.

Menjana ilmu dan sumber manusia untuk pembangunan masyarakat dan negara.

Struktur kurikulum Program Kajian Bahasa Melayu adalah seperti di bawah.

SARJANA SASTERA(KAJIAN BAHASA MELAYU)/MASTER OF ARTS(MALAY LANGUAGE STUDIES)

KURSUS WAJIB / COMPULSORY COURSES (22 UNIT)

SKMP6004 Metodologi Penyelidikan Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu
Reasearch Methodology in Malay Language, Literature and Culture
SKMP6023 Seminar Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu/Seminar on Malay Phonetics and Phonology
SKMB6033 Seminar Psikolinguistik Bahasa Melayu/Seminar on Malay Psycholinguistics
SKMB6043 SSeminar Sosiolinguistik Bahasa Melayu/Seminar on Malay Sociolinguistics
SKMB6053 Seminar Dialektologi Bahasa Melayu/Seminar on Malay Dialectology
SKMB6063 Seminar Sintaksis Bahasa Melayu/Seminar on Malay Syntax
SKMB6073 Seminar Semantik Bahasa Melayu/Seminar on Malay Semantics

TESIS SARJANA/MASTER THESIS (12 UNIT)

SKMB601C Tesis Sarjana
Master Thesis

KURSUS ELEKTIF/ELECTIVE COURSES (6 UNIT)

SKMB6013 Persoalan Nahu Bahasa Melayu/Issues in Malay Grammar
SKMB6083 Seminar Leksikografi Bahasa Melayu/Seminar on Malay Lexicography
SKMP6023 Seminar Pengajian Melayu/Seminar on Malay Studies

JUMLAH UNIT : 40 UNITS

DOKTOR FALSAFAH(KAJIAN BAHASA MELAYU) / DOCTOR OF PHILOSOPHY(MALAY LANGUAGE STUDIES) SARJANA FALSAFAH(KAJIAN BAHASA MELAYU) / MASTER OF PHILOSOPHY (MALAY LANGUAGE STUDIES)

KURSUS WAJIB / COMPULSORY COURSES (8 UNIT)

SKMP6004 Metodologi Penyelidikan Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu
Reasearch Methodology in Malay Language and Culture
SKMP6014 Penulisan Akademik Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu
Academic Writing in Malay Language, Literature and Culture

JUMLAH UNIT : 8 UNIT/TOTAL UNIT : 8 UNITS