Pusat Kajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

 Insan Jauhari Budi Berbakti

Sejajar dengan langkah peluasan jaringan antarabangsa, Pusat Pengajian Bahasa dan Kesusasteraan Melayu sentiasa membuka peluang kepada universiti luar untuk menjalankan kerjasama dengan pusat ini.  Untuk itu, kami telah menjalin kerjasama dengan Program Bahasa Melayu dari Universiti Rajabhat, Yala (YRU), Thailand semenjak tahun 2011. Kerjasama ini telah memartabatkan dan mengantarabangsakan bahasa Melayu.  Aktiviti utama yang telah dijalankan antara pusat ini dengan Pengajian Bahasa Melayu URY iaitu :

  1. Program Keluarga Angkat
  2. Program Latihan Amali/Industri

Program/Aktiviti ini mendapat pengiktirafan daripada Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dan Universiti Rajabhat Yala, Thailand melalui perancangan MOU yang akan dilaksanakan pada 2014.

Tahun 2011: Projek Keluarga Angkat bermula pada 9 Mei 2011 – 21 Mei 2011. Seramai 20 orang pelajar telah menjalani Program Keluarga Angkat bersama keluarga angkat masing-masing. Keluarga angkat dipilih daripada kakitangan UKM.

Tahun2012: Latihan Amali bermula pada 18 Jun hingga 31 Ogos 2012. Seramai 28 orang pelajar telah ditempatkan di Fakulti Sains Sosial dan Kemunisaan dan Unit Kebajikan Pelajar, UKM untuk menjalani latihan amali.

Tahun 2013: Program Keluarga Angkat dan Latihan Industri telah bermula serentak iaitu Progam Keluarga Angkat pada 5 Julai hingga 8 Julai 2013, bersama Keluarga angkat masing-masing manakala Latihan Industri bermula pada 9 Julai hingga 26 September 2013. Seramai 26 orang pelajar telah menigkuti Program tersebut di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dan juga di Unit Kebajikan Pelajar, UKM

Objektif Program:

1. Mendedahkan mahasiswa/i selatan Thai dengan berbahasa Melayu dalam situasi rasmi
2. Mendedahkan mahasiswa/mahasiswi selatan Thai budaya dan cara hidup orang Melayu di alam Melayu yang sebenar.
3. Melahirkan mahasiswa/mahasiswi yang dapat merancang sesuatu tugas dan melaksanakan tugasan tersebut mengikut perancangannya
4. Mewujudkan mahasiswa/mahasiswii yang dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari di dalam kelas kepada alam pekerjaan.
5. Menambah minat mahasiswa/mahasiswii terhadap bahasa Melayu dan seterusnya ingin mempelajari secara lebih mendalam di tahap sarjana.

Aktiviti pelaksanaan program Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat pendidikan Tahun 2014

1.    Program keluarga angkat dan latihan amali oleh pelajar Universiti Rajabhat Yala,(URY) Thailand

 Pengenalan Program:

 Kerjasama Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu(PPBKKM), FSSK dan Universiti Rajabhat Yala,(URY) Thailand

Maklumat Program:

Program Keluarga Angkat dan Latihan Industri telah bermula serentak iaitu Program Keluarga Angkat pada 22-25 Ogos 2014 bersama keluarga angkat masing-masing manakala Latihan Industri bermula pada 25 hingga 13 November 2014 di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Objektif Program:

  1. Mendedahkan mahasiswa/i selatan Thai dengan berbahasa Melayu dalam situasi rasmi
  2. Mendedahkan mahasiswa/i selatan Thai budaya dan cara hidup orang Melayu di alam Melayu yang sebenar.

Bilangan Peserta

Seramai 27 orang pelajar dari Universiti Rajabhat Yala, Thailand telah menjalani latihan industri bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Status pencapaian impakprogram

  1. Mememartabatkan bahasa Melayu dalam situasi rasmi dan bukan rasmi
  2. Mengantarabangsa bahasa Melayu