Kluster Penyelidikan BITARA MELAYU

Kepakaran Kami

Pengajian Kajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (BITARA MELAYU) berusaha menyalurkan ilmu pengetahuan dalam bidang-bidang yang berkaitan kebahasaan, kesusasteraan dan kebudayaan, sejajar dengan misi dan visi pusat pengajian dan juga misi fakulti yang berhasrat untuk membentuk suasana penjanaan ilmu terkamil untuk pembangunan insan yang bergerak seiring dengan arus dalam acuan kebangsaan. Bidang yang ditawarkan merangkumi pelbagai topik kebahasaan, kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu seperti yang berikut:

Bahasa

  • Sistem Bahasa
  • Perancangan dan Pembinaan Bahasa 
  • Pelestarian Bahasa
  • Geolinguistik
  • Linguistik Klinikal
  • Bahasa dan Kebudayaan
  • Sosiologi Bahasa
  • Akuisisi Bahasa
  • Bahasa Minoriti
  • Bahasa dan Pendidikan 
  • Bahasa dan Media Massa
  • Pengkorpusan Bahasa
  • Kewacanaan dan Laras Bahasa
  • Penterjemahan

Kesusasteraan

  • Manuskrip Lama
  • Sastera Rakyat
  • Sastera Hikayat
  • Sastera Islam
  • Sastera Undang-Undang dan Ketatanegaraan
  • Sastera Asia Tenggara
  • Sastera Sejarah
  • Sastera Popular
  • Karya Kreatif
  • Kritikan Sastera
  • Kesusasteraan Bandingan
  • Kesusasteraan dan Falsafah 

Kebudayaan

  • Etnografi
  •  Sosiobudaya
  •  Warisan Budaya
  •  Pemuziuman Budaya
  •  Perubahan Budaya
  •  Falsafah dan Pemikiran Melayu
  •  Sosiologi Budaya
  •  Tib Melayu
  •  Silang Budaya
  •  Budaya Popular
  •  Keluargaan dan Persanakan Melayu
  •  Tamadun Kebudayaan Melayu
  •  Pengurusan Budaya
  •  Pengurusan Seni
  •  Pengurusan pentas
  •  Pengurusan Teater
  •  Pementasan Teater
  •  Lakonan Teater
  •  Pengarah dan Pengarahan
  •  Teater Tradisional
  •  Teater Moden
  •  Seni Persembahan Tradisional
  •  Tekstil dan Busana
  •  Seni Hias dan Kreatif