Pusat Kajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

 Insan Jauhari Budi Berbakti

Latar Belakang BITARA MELAYU

Pusat Kajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (BITARA MELAYU) ditubuhkan dalam tahun 2002, menerusi penstrukturan semula Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Pada asalnya, sebelum itu BITARA MELAYU atau ketika itu dikenali sebagai Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (PPBKKM) merupakan sebahagian daripada Jabatan Linguistik FSSK. Setelah penstrukturan semula, PPBKKM muncul sebagai pusat pengajian yang tersendiri yang terdiri daripada gabungan tiga program pengajian iaitu Program Pengajian Bahasa Melayu, Program Persuratan Melayu dan Program Kebudayaan dan Kesenian Melayu.


Pada masa kini, BITARA MELAYU terdiri daripada dua program pengajian, iaitu Program Pengajian Bahasa Melayu dan Program Persuratan Melayu, manakala Program Kebudayaan dan Kesenian Melayu ditawarkan pada peringkat siswazah sahaja.