Syabas dan tahniah kepada Muhammad Danial Mukhlis bin Salleh

Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada Muhammad Danial Mukhlis bin Salleh, pelajar Tahun 1 Program Persuratan Melayu, Pusat Kajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (BITARA MELAYU), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan kerana telah merangkul Naib Johan dalam Pertandingan Deklamasi Sajak Sayembara Bahasa Melayu anjuran Depikir UTM.

Pautan video pemenang di laman youtube: https://youtu.be/t1Ucq82yIb0 

#BITARAMELAYU