Hebahan Kaedah Pembelajaran dan Pengajaran (PDP) Pelajar Siswazah Bagi Semester 1 2020/2021

a. Pengendalian Kuliah bagi semua program siswazah pada semester 1 sesi 2020/2021 adalah berikut:

    1. Program Sarjana Kerja Kursus dijalankan secara atas talian (kecuali program Sarjana Sains Sosial Psikologi Kaunseling, Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan) PDRM dan Sarjana Sains Sosial (Strategi dan Diplomasi) IDFR).
    2. Program mod penyelidikan (Sarjana Falsafah dan Doktor Falsafah) proses penyeliaan berjalan secara dalam talian termasuk juga dengan kursus Metodologi Penyelidikan dan Penulisan Akademik.

b. Jika perlu menggunakan makmal dan kemudahan dalam fakulti, pelajar boleh memohon kepada Sekretariat Siswazah dan emelkan kepada td1fssk@ukm.edu.my.

c. Sebarang perubahan berkaitan PDP akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, tertakluk kepada arahan dan pekeliling terkini dari KPT dan Pengurusan Tertinggi UKM.

d. Untuk perkara b, di atas WAJIB mematuhi perkara berikut semasa di fakulti :

    1. Sentiasa memakai topeng mulut dan hidung ;
    2. Mendaftar di kaunter yang disediakan bagi mengambil bacaan suhu badan dan pendaftaran Selangkah @ Mysejahtera ;
    3. Menjaga jarak selamat (sekurang-kurangnya 1 meter) semasa berada di fakulti ;
    4. Menggunakan laluan masuk dan keluar yang dibenarkan sahaja.

 

*semua aktiviti pelajar akan dipantau oleh pegawai insiden (di bawah Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, FSSK) dan pelajar boleh didenda sekiranya gagal mematuhi perkara seperti yang dinyatakan di d(i)- d(iv).

 

Sekretariat Siswazah
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Bertarikh 12 Ogos 2020