Syabas dan tahniah kepada Nik Jamiatul Hanis Hilmi binti Yahya

Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah kepada Nik Jamiatul Hanis Hilmi binti Yahya pelajar Tahun 1 Program Persuratan Melayu, Pusat Kajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (BITARA MELAYU), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan kerana telah merangkul Johan dalam Pertandingan Dakwah Kreatif: Ramadhan 2021 (Kategori Cerpen) anjuran Lajnah Kesenian dan Kebudayaan Islam, Fakulti Pengajian Islam, UKM dengan kerjasama Kelab Pengajian Dakwah dan Kepimpinan.

#BITARAMELAYU