Syabas dan tahniah kepada Nurul Syuhada binti Mohd Noh dan Nur Mardiana binti Kamri

Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah kepada Nurul Syuhada binti Mohd Noh dan Nur Mardiana binti Kamri, pelajar Tahun 3 Program Pengajian Bahasa Melayu, Pusat Kajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (BITARA MELAYU), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan kerana telah merangkul Johan dan Tempat Ketiga dalam Pertandingan Penulisan Cerpen (Tema: Adat Dikandung, Budaya Disanjung) anjuran Permata Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

#BITARAMELAYU