Pusat Kajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

 Insan Jauhari Budi Berbakti

Sekapur Sirih daripada Pengerusi

 Prof. Madya Dr. Maslida Yusof

Pengerusi Pusat Kajian Bahasa, Kesusateraan dan Kebudayaan Melayu (BITARA MELAYU)

Bismillahhir-Rahmanir-Rahim,
Assalammualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Kajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (BITARA MELAYU), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia. Terima kasih atas minat anda untuk mengikuti pengajian di pusat kami. Pusat pengajian ini menawarkan pengajian yang mengkhusus kepada bahasa, sastera dan kebudayaan Melayu di peringkat prasiswazah dan siswazah. Di peringkat prasiswazah, kami menawarkan program Kajian Bahasa Melayu dan Persuratan Melayu, manakala di peringkat Siswazah, kami menawarkan program Kajian bahasa Melayu, Kesusasteraan Melayu dan program Pengurusan dan Persembahan Seni. Sebagai pusat pengajian yang merentasi tiga bidang, kami sentiasa berusaha untuk menghasilkan graduan yang kompeten bukan sahaja dalam aspek akademik malahan dalam aspek pembangunan sahsiah serta kemahiran, menerusi aktiviti dan program dalaman dari semasa ke semasa. 

Akhir bicara, semoga laman web ini akan dapat memberi kemudahan kepada para pengunjung untuk mengakses maklumat di pusat kami bagi mengetahui maklumat lanjut tentang program pengajian serta kursus-kursus yang kami tawarkan. Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang pertanyaan daripada anda. Wassalam.