Language Variation and Revitalization Research Group

SINOPSIS

Kluster Variasi Bahasa bermatlamat untuk mengkaji pelbagai bahasa yang terdapat di Malaysia di samping mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia. Kajian dalam kumpulan ini lebih berfokus kepada geolinguistik, sosiopragmatik, dialektologi, bahasa terancam dan linguistik pendidikan. Penekanan akan diberikan kepada pengembangan bahasa dan budaya dalam pelbagai kaum di Malaysia dan dibandingkan dengan pelbagai bahasa di dunia. Kajian bahasa ini akan menggabungjalinkan komuniti dan industri yang dapat membantu kelestarian bahasa yang dikaji.  Dapatan daripada kajian yang akan dilakukan dapat membantu pengkaji memahami dengan lebih mendalam kelestarian setiap bahasa dan budaya penuturnya. Pemahaman ini akan dapat memantapkan lagi perekayasaan bahasa di Malaysia yang dapat menyokong aspirasi dan pelaksanaan hala tuju TN50 negara.

Keunggulan Penyelidikan (Research Prominence)

  • Kumpulan penyelidik GIS diketuai oleh Prof. Dr. Norhashimah telah membina peta dialek Melayu dan membina jaringan dengan Muzium Pahang
  • Kumpulan penyelidik orang Asli diketuai oleh PM Dr. Fazal bercadang menandatangani LOI dengan JHEOA.

ii) Makmal Penyelidikan (Research Lab Focus and Plans) – penjenamaan semula

  1. Makmal maya GIS Dialek Melayu dan data Bahasa Orang Asli akan dibina.

iii) Jaringan Penyelidikan (Research Networking) sedia ada dan perancangan akan datang

  1. LOI dengan Universitas Sanata Dharma, Yogyakarta, Indonesia pada 12 Jun, 2019.
  2. Akan mengadakan LOI dengan university  yang mempunyai kepentingan di masa akan hadapan.