Program Pengajian Linguistik

Program ini mengisi keperluan pasaran dengan cara memperkenalkan kursus-kursus dalam program linguistik yang membolehkan pelajar mahir dalam bidang yang berkaitan disiplin linguistik  khususnya bahasa. Graduan lulusan Program Linguistik dapat memenuhi banyak pasaran kerja seperti dalam bidang pendidikan, penterjemahan, pentadbiran dan pengurusan. Program Linguistik akan menyumbang dalam pembangunan masyarakat dan mengisi permintaan pasaran yang memerlukan tenaga pekerja mahir yang celik ilmu, celik budaya dan celik teknologi.

Graduan Program Linguistik juga melalui proses menjalankan penyelidikan ilmiah, kerja lapangan dan kertas projek yang mendekatkan mereka dengan realiti semasa. Kemampuan menjalankan penyelidikan dengan baik melalui pengunaan pengetahuan ICT yang efektif, berkomunikasi dengan efektif, berkebolehan memimpin dan bekerja dalam pasukan amat penting sebagai keperluan dalam pekerjaan.

Ketua Program Linguistik
Dr Harishon Radzi
Ketua Program Pengajian Linguistik

Graduan program Linguistik mempunyai kemahiran teras yang mantap untuk menjalani kursus-kursus lanjutan seperti perhubungan awam, perhubungan antarabangsa, penerbitan, kewartawanan, pendidikan, penulisan kreatif, pengiklanan, penyiaran, penterjemahan, pemasaran dan seni kreatif.

Program Linguistik mempunyai perkaitan dengan program-program akademik lain yang ditawarkan di Pusat Pengajian di peringkat ijazah pertama dan lanjutan.

  • Program Linguistik dan Program bahasa Inggeris  memberi tumpuan kepada isu dan nahu bahasa.
  • Program Linguistik dan Unit Pengajian Bahasa dan Terjemahan memberi tumpuan kepada kemahiran mempelajari bahasa-bahasa lain di dunia.

Justifikasi program Linguistik

  • Program Linguistik menawarkan kursus teras dalam disiplin linguistik.
  • Program Linguistik juga menawarkan pelbagai kursus aplikasi yang selari dengan perkembangan teknologi semasa.
  • Program Linguistik menitikberatkan penerapan ilmu bahasa dalam bidang lain seperti kemasyarakatan, kesusasteraan, psikologi, dan komunikasi.

Visi Program Linguistik

Program Linguistik berperanan untuk melahirkan siswazah yang berketrampilan dalam menangani masalah semasa di samping menjadi modal insan yang boleh membantu membangunkan negara. Mereka adalah pelapis yang bakal menerajui negara pada masa muka.

Misi Program Linguistik

Program Linguistik ingin mejadikan ilmu bahasa sebagai wahana untuk memperkasakan dan mengantarabangsakan identiti nasional, menjadi badan rujukan ilmu bahasa moden di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dan menyumbang ke arah usaha mengantarabangsakan bahasa dan sastera tempatan serta menambahkan korpus bahasa.

Matlamat Program Linguistik

Matlamat Program Linguistik adalah untuk:

  • Melahirkan siswazah yang mampu berkomunikasi dalam sekurang-kurangnya 2 bahasa.
  • Membentuk siswazah yang berakal global dan berakar lokal yang berupaya menjana, menyebar dan mengantrabangsakan khazanah ilmu yang beracuan kebangsaan.
  • Mengeluarkan siswazah profesional, relevan, luwes dan berdaya saing serta bersifat pembelajar seumur hidup.
  • Melengkapkan siswazah dengan pengetahuan sains bahasa dan strategi mengaplikasikannya secara kreatif demi mengisi keperluan  negara dalam era sains dan teknologi.
  • Menyumbangkan kepakaran dalam pelaksanaan pembentukan dasar dan program yang bertaraf kebangsaan, serantau dan antarabangsa.
  • Mendaulatkan bahasa Melayu serta mempertingkatkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua selaras dengan keperluan dan aspirasi negara

Moto Program Linguistik

“Bersatu Teras Pengukuhan Linguistik”

Tempoh Pengajian

Ijazah Sarjanamuda Sains Sosial dengan Kepujian (Linguistik)

Tempoh : 3 tahun

Sarjana Sains Sosial (Linguistik)

Tempoh : 1.5 tahun

Ijazah Yang Ditawarkan

  1. Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian (Linguistik)
  2. Doktor Falsafah (Linguistik)
  3. Sarjana Falsafah (Linguistik)
  4. Sarjana Sains Sosial (Linguistik)

Kursus Program Mengikut Semester

Prasiswazah Semester 1

Kod KursusNama Kursus
SKBP 1013PENGANTAR PENGAJIAN BAHASA & LINGUISTIK (SET 2)
SKPD 1013PENGANTAR SAINS SOSIAL
SKBL1013FONETIK
SKBL1023SEJARAH LINGUISTIK
SKBL2033LINGUISTIK DAN APLIKASI
SKBL2063SINTAKSIS
SKBL2073SEMANTIK
SKBL2163LINGUISTIK DAN KOMUNIKASI
SKBL3113PSIKOLINGUISTIK
SKBL3123DIALEKTOLOGI
SKBL3133STILISTIK
SKBL3143FALSAFAH BAHASA
SKBL3173ANALISIS WACANA

Prasiswazah (Semester 2)

Kod KursusNama Kursus
SKBP1023BAHASA & TEKNOLOGI MAKLUMAT (SET 2)
SKBL1213FONOLOGI
SKBL1223MORFOLOGI
SKBP2034METODOLOGI PENYELIDIKAN (SET 2)
SKBL2103SOSIOLINGUISTIK
SKBL2113APLIKASI KOMPUTER DLM KAJIAN LINGUISTIK
SKBL3153BAHASA ASING
SKBL3163LARAS BAHASA
SKBL3183LINGUISTIK & KOMPUTER
SKBL3206LATIHAN ILMIAH

Prasiswazah (Semester 3)

Kod KursusNama Kursus
SKBL3006LATIHAN INDUSTRI

Sarjana (Semester 1)

Kod KursusNama Kursus
SKBL6023TEORI FONOLOGI
SKBL6024METODOLOGI PENYELIDIKAN LINGUISTIK
SKBL6053TEORI SEMANTIK
SKBL6113ISU DALAM SOSIOLINGUISTIK
SKBL6123LINGUISTIK KORPORA
SKBL601CTESIS SARJANA

Sarjana (Semester 2)

Kod KursusNama Kursus
SKBL6034PENULISAN AKADEMIK
SKBL6033TEORI MORFOLOGI
SKBL6043TEORI SINTAKSIS
SKBL6063TEORI ANALISIS WACANA
SKBL6133LEKSIKOGRAFI
SKBL6163TEORI LINGUISTIK DLM TERJEMAHAN
SKBL601CTESIS SARJANA

Program Linguistik mula beroperasi semenjak bermulanya penawaran program Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang Linguistik kepada pelajar-pelajar tempatan pada tahun 2003. Merupakan salah satu program di bawah Pusat Kajian Bahasa dan Linguistik. Terdiri daripada pensyarah-pensyarah yang mempunyai pelbagai kepakaran dalam bidang Linguistik. Terdapat seramai 8 orang kakitangan akademik di bawah unit ini iaitu satu (1) orang Profesor, tiga (3) orang Profesor Madya dan empat (4) orang Pensyarah Kanan.

Pensyarah-pensyarah Program Pengajian Linguistik
Pensyarah-pensyarah Program Pengajian Linguistik
BilNamaBidang Kepakaran
1PROFESOR DR. NOR HASHIMAH JALALUDDINSEMANTIK
DAN PRAGMATIK
GEOLINGUISTIK
2PROFESOR MADYA DR. FAZAL MOHAMED BIN MOHAMED SULTANSINTAKSIS
GEOLINGUISTIK
3PROFESOR MADYA DR. MOHAMMAD FADZELI BIN JAAFARSTILISTIK
SINTAKSIS
4PROFESOR MADYA DR. NORSIMAH BINTI MAT AWALSEMANTIK
TERJEMAHAN
5DR. HARISHON BINTI RADZIMORFOLOGI
LINGUISTIK DAN KOMUNIKASI
GEOLINGUISTIK
6DR. MOHAMAD AZLAN BIN MISSOSIOLINGUISTIK
DIALEKTOLOGI
7DR. SHARIFAH RAIHAN SYED JAAFARFONOLOGI
MORFOLOGI
8DR. AZHAR JALUDINLINGUISTIK KORPORA
TEKNOLOGI MAKLUMAT