Amali Kerja Lapangan Kaedah Persampelan dan Pengukuran Keradioaktifan Tabii

Anjuran: Program Sains Nuklear UKM dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Tarikh: 07 – 09 Februari 2020

Tempat: Air Terjun Telaga Tujuh, Kilim Karst Geoforest Park dan PPL, Langkawi, Kedah

Satu amali kerja lapangan bagi kursus STSN6614 oleh para pelajar Sarjana Sains Keselamatan Sinaran dan Nuklear, Pusat Pengajian Fizik Gunaan, Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah diadakan di Pulau Langkawi, Kedah pada 7 hingga 9 Februari yang lalu. Dua kawasan utama bagi persampelan dan pengukuran keradioaktifan tabii adalah di Air Terjun Telaga Tujuh dan Kilim Karst Geoforest Park. Kerja lapangan yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Muhamad Othman dan Dr. Mohd Idzat Idris ini turut dibantu oleh beberapa kakitangan daripada Pusat Pengajian Fizik Gunaan, UKM serta diiringi oleh pegawai dan kakitangan PPL.

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.