Geotalk: Pengurangan Risiko Bencana Alam Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp) – Peranan dan Tanggungjawab Geoparkian (Khas Kejadian Kepala Air di Jerai Geopark)

Anjuran: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)

Tarikh: 20 Oktober 2021

Tempat: Hotel Adya, Langkawi, Kedah

Bersempena dengan International Day For Disaster Risk Reduction, satu ceramah bertajuk “Pengurangan Risiko Bencana Alam Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp) – Peranan dan Tanggungjawab Geoparkian (Khas Kejadian Kepala Air di Jerai Geopark)” telah disampaikan oleh Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo pada Program Geotalk anjuran Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). Program yang berlangsung di Hotel Adya, Langkawi ini disertai oleh 50 orang peserta daripada pelbagai agensi termasuklah kerajaan dan swasta, serta turut dihadiri oleh pemain-pemain industri sekitar Langkawi. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo, selaku Felo Utama Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) adalah merupakan Naib Pengerusi Global Geoparks Network serta merangkap Penasihat LUGGp.

 

Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida binti Derahman