Kajian Biodiversiti Kelawar di Pulau Tuba dan Pulau Dayang Bunting (Selat Bagan Nyior)

Anjuran: Fakulti Sains dan Teknologi (FST-UKM) & Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM)

Tarikh: 19 – 26 September 2022

Tempat: Pulau Tuba dan Pulau Dayang Bunting (Selat Bagan Nyior), Langkawi, Kedah

LANGKAWI, 26 September 2022 – Ketua Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM), iaitu Dr. Juliana Senawi telah mengetuai penyelidikan kelawar di kawasan Pulau Tuba serta Selat Bagan Nyior, Pulau Dayang Bunting bermula 19 hingga 26 September 2022. Turut serta dalam menjayakan kerja lapangan bagi kajian biodiversiti kelawar ini adalah kakitangan-kakitangan dan pelajar-pelajar latihan industri PPL-UKM serta beberapa orang Renjer daripada Bahagian Pelancongan dan Geopark, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). Antara lokasi pemasangan perangkap kelawar termasuklah di Bukit Licin, Gua Wang Buluh, Wang Lebah, Gua Kelawar dan Bukit Putih.

Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida Derahman