Kajian Pemantauan Populasi Kelawar di Gua Kelawar, Kilim

Anjuran: Fakulti Sains dan Teknologi (FST-UKM) & Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM)

Tarikh: 17 – 18 September 2022

Tempat: Gua Kelawar, Jeti Pelancongan Sungai Kilim, Langkawi, Kedah

LANGKAWI, 18 September 2022 – Fakulti Sains dan Teknologi (FST-UKM) dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM) telah mengadakan kerja lapangan bagi kajian pemantauan populasi kelawar di Gua Kelawar, Jeti Pelancongan Sungai Kilim, Langkawi, Kedah. Dr. Juliana Senawi, selaku ketua PPL-UKM dan juga pakar dalam penyelidikan kelawar adalah merupakan ketua penyelidik bagi kajian ini. Kajian ini adalah merupakan kajian susulan yang mana telahpun dijalankan pada 2018 hingga 2019 yang lalu. Seterusnya, bermula pada bulan September 2022, kajian pemantauan populasi kelawar ini akan dijalankan pada setiap bulan dan akan berakhir pada bulan Ogos 2023. Kakitangan-kakitangan PPL-UKM dan Koperasi Komuniti Kampung Kilim Langkawi Berhad turut terlibat secara langsung dalam pengumpulan data serta bantuan logistik bagi kajian ini.

Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida Derahman