Kerja Lapangan Kajian Pemantauan Populasi Kelawar

Anjuran: Fakulti Sains dan Teknologi (FST, UKM) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Tarikh: 17 – 19 Mei 2019

Tempat: Gua Kelawar, Sungai Kilim, Langkawi.

Kajian Pemantauan Populasi Kelawar di Gua Kelawar, Kilim, Langkawi secara jangka panjang diteruskan lagi pada bulan Mei 2019. Kajian ini disertai oleh beberapa orang pelajar, pembantu penyelidik dan kakitangan PPL. Tujuan kajian ini adalah bagi menentukan jumlah populasi beberapa jenis kelawar berdasarkan selang waktu (24 jam) serta menentukan hubungkait kepada faktor mikro-cuaca (microclimate) termasuklah suhu, kelembapan, cahaya dan kelajuan angin.

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.