Kolaborasi Program CSR Ryco Hydraulics Sdn. Bhd. Bersama Koperasi Nelayan Sungai Kubang Badak Langkawi Berhad & PPL-UKM

Anjuran: Ryco Hydraulics Sdn. Bhd., Koperasi Nelayan Sungai Kubang Badak Langkawi Berhad & Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM)

Tarikh: 8 – 10 Oktober 2022

Tempat: UKM Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (KTAHMS) dan Pulau Jemuruk, Langkawi, Kedah

LANGKAWI, 10 Oktober 2022 – Satu kolaborasi program Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate social responsibility – CSR) Ryco Hydraulics Sdn. Bhd. dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM) telah diadakan dengan jayanya bermula pada 8 hingga 10 Oktober 2022. Program ini turut melibatkan komuniti setempat iaitu Koperasi Nelayan Sungai Kubang Badak Langkawi Berhad, yang mana diketuai oleh En. Sabri Musa. Aktiviti yang dijalankan adalah penanaman terumbu karang di salah satu kawasan BioGeoTrail Kubang Badak, iaitu di kawasan Pulau Jemuruk. Penanaman terumbu karang adalah merupakan salah satu kaedah dalam pemuliharaan hidupan marin bagi penjagaan alam sekitar yang lestari. Seramai 40 orang kakitangan Ryco, 10 orang daripada komuniti Kubang Badak serta 5 orang kakitangan PPL-UKM telah turut serta dalam program ini.

Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida Derahman