Kunjungan Balas dan Lawatan ke Sudut Geopark Sekolah Kebangsaan Kilim, Langkawi

Anjuran: Sekolah Kebangsaan Kilim dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM)

Tarikh: 19 April 2022

Tempat: Sekolah Kebangsaan Kilim, Langkawi, Kedah

 

LANGKAWI, 19 April 2022 – Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM), yang diwakili oleh En. Nik Mohd Noor Faizul Md Saad dan Cik Asbiyatulaida Derahman telah membuat kunjungan balas dan lawatan ke Sudut Geopark Sekolah Kebangsaan Kilim (SK Kilim). Tujuan kunjungan ini adalah bagi meninjau persediaan dan perkembangan terkini, disamping berkongsi pengalaman serta khidmat nasihat berkaitan geopark dan Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp) dalam pembangunan bahan-bahan pameran di sudut geopark tersebut. Turut serta hadir adalah En. Muhammad Nikman Ahmadan dan pelajar latihan industri PPL-UKM, Cik Shazmin Hamimi Hafiz.

 

Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida Derahman