Kunjungan Mesra oleh Wakil Guru Sekolah Kebangsaan Kilim, Langkawi

Anjuran: Sekolah Kebangsaan Kilim dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM)

Tarikh: 11 April 2022

Tempat: UKM Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (KTAHMS), Langkawi, Kedah

 

LANGKAWI, 11 April 2022 – Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM) telah menerima kunjungan mesra oleh wakil guru daripada Sekolah Kebangsaan Kilim (SK Kilim), iaitu Ustaz Johari Abdullah (Penolong Kanan Kokurikulum), Ustaz Muhammad Naguib Ahmad dan Cikgu Safiah Saridan. Tujuan kunjungan ini adalah bagi mendapatkan bimbingan dan maklumat tentang Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp) dalam usaha menjadikan SK Kilim sebagai sebuah sekolah contoh, iaitu “Sekolah Geopark” di LUGGp. Wakil-wakil guru yang hadir diberikan penerangan dan perkongsian maklumat menerusi pembentangan ringkas, serta dibawa melawat ke galeri dan makmal bagi mendedahkan tentang gambaran secara menyeluruh tentang geopark serta peranan PPL-UKM dalam hal ehwal penyelidikan dan pembangunan LUGGp.

 

Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida Derahman