Kunjungan Mesra Pakar Penyelidik – Profesor Dr. Jean Yong (John), Swedish University of Agricultural Sciences (SLU)

Anjuran: Swedish University of Agricultural Sciences (SLU) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM)

Tarikh: 20 Julai 2022

Tempat: UKM Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (KTAHMS), Langkawi, Kedah

 

LANGKAWI, 20 Julai 2022 – Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM) telah menerima satu kunjungan mesra daripada salah seorang pakar penyelidik dari Jabatan Biosistem dan Teknologi, Swedish University of Agricultural Sciences (SLU), iaitu Prof. Dr. Jean Yong (John). Beliau yang berasal daripada Singapura adalah merupakan pakar dalam bidang hortikultur, disamping juga terlibat dalam pelbagai bidang termasuk biologi, agrikultur dan sains alam sekitar. Ketika kunjungan tersebut, beliau berkesempatan melawat ke Galeri Penyelidikan PPL-UKM. Turut hadir bersama beliau adalah Dr. Ahmad Aldrie Amir (Ketua Program Penyelidikan Integriti Alam Sekitar PPL-UKM) dan En. Othman Ayeb (Felo Bersekutu PPL-UKM), serta Pn. Indera Rahayu Mohd Noor (Pemandu Pelancong Langkawi).

 

 

Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida Derahman