Kunjungan Mesra Tun Daim Zainuddin ke Pusat Penyelidikan Langkawi

Anjuran: Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Tarikh: 21 April 2019

Tempat: Galeri Penyelidikan PPL

Pada 21 April yang lalu, Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) telah menerima kunjungan peribadi daripada Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (MPK), Tun Daim Zainuddin. Kunjungan ini disambut mesra oleh Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Komoo, Prof. Dato’ Dr. Mazlin Mokhtar, Prof. Dr. Norhayati Ahmad, Prof. Dato’ Dr. Rashila Ramli serta kakitangan-kakitangan PPL. Kunjungan selama sejam ini diisi dengan pembentangan oleh pakar-pakar penyelidik UKM, lawatan Galeri Penyelidikan PPL dan diakhiri dengan jamuan minum petang.

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.