Kursus Teknik dan Pengurusan Herbarium

Anjuran: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) & Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM)

Tarikh: 4 – 5 September 2022

Tempat: UKM Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (KTAHMS), Langkawi, Kedah

LANGKAWI, 5 September 2022 – Kursus Teknik dan Pengurusan Herbarium anjuran Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM) dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah diadakan pada 4 dan 5 September yang lalu, bertempat di UKM Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (KTAHMS), Langkawi, Kedah. Kursus yang disampaikan oleh Felo Penyelidik PPL-UKM, yang juga merupakan selaku Ketua Pusat Penyelidikan Bukit Fraser (PPBF-UKM) iaitu Dr. Shamsul Khamis telah dihadiri oleh kakitangan-kakitangan daripada PPL-UKM serta beberapa Renjer daripada Bahagian Geopark dan Pelancongan LADA. Kursus ini diadakan dengan gabungan tiga kaedah, iaitu pembentangan dan penyampaian kuliah dilakukan di Bilik Seminar PPL-UKM, aktiviti kerja lapangan dijalankan di Sungai Kuala Melaka, Kampung Kuala Muda serta latihan amali diilakukan di Makmal Biologi PPL-UKM. Kursus ini bertujuan memperkasakan kemahiran dalam penyediaan, pengendalian serta penjagaan spesimen herbarium, disamping penambahbaikan dalam pembangunan koleksi herbarium di Makmal Herbarium dan Galeri Penyelidikan PPL-UKM.

Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida Derahman