Lawatan dan Perbincangan Bersama Kakitangan Geopark Discovery Centre, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)

Anjuran: Geopark Discovery Centre-Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM)

Tarikh: 7 April 2022

Tempat: UKM Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (KTAHMS), Langkawi, Kedah

 

LANGKAWI, 7 April 2022 – Geopark Discovery Centre (GDC) yang diketuai oleh En. Muzaffar Zoher bersama kakitangan dan renjer telah mengadakan lawatan ke Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM) bagi memperkenalkan PPL-UKM kepada ahli-ahli baharu GDC, disamping bertujuan mendapatkan dan berkongsi informasi serta perkembangan terbaru di Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp). Satu perbincangan ringkas juga turut diadakan bagi memperkukuhkan lagi jaringan hubungan serta kerjasama di antara kedua-dua belah pihak, iaitu GDC dan PPL-UKM. Pembentangan serta taklimat di galeri dan makmal disampaikan oleh En. Nik Mohd Noor Faizul Md Saad dan Cik Asbiyatulaida Derahman, serta dibantu oleh kakitangan-kakitangan dan pelajar latihan industri PPL-UKM.

 

Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida Derahman