Lawatan Kerja dari Institut Biologi Tropika dan Pembangunan Lestari (BIO-D TROPIKA) UMT

Anjuran: Institut Biologi Tropika dan Pembangunan Lestari (BIO-D TROPIKA) UMT dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Tarikh: 1 November 2021

Tempat: Galeri & Makmal Penyelidikan, UKM Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (KTAHMS)

Tanggal 1 November 2021, Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) telah menerima kunjungan istimewa dari Institut Biologi Tropika dan Pembangunan Lestari (BIO-D TROPIKA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Kunjungan ini adalah merupakan lawatan kerja oleh pihak BIO-D TROPIKA bagi mendapatkan input dan gambaran sebenar berkenaan pengoperasian PPL dalam membantu pengurusan dan pengoperasian di Stesen Penyelidikan Alami Kenyir (SPAK). Lawatan seramai 9 orang peserta ini, yang diketuai oleh Pengarahnya, iaitu Prof. Dr. Marzuki Ismail disambut mesra oleh kakitangan-kakitangan PPL di Langkawi. Taklimat pengenalan mengenai PPL disampaikan oleh Pengerusi PPL, iaitu Dr. Sharina Abdul Halim secara dalam talian. Kemudian, sesi perbincangan bersama pasukan pakar penyelidik PPL secara atas talian juga turut diadakan bagi perkongsian maklumat antara kedua-dua buah pusat penyelidikan. Seterusnya, peserta-peserta lawatan dibawa melawat ke Galeri Penyelidikan, makmal-makmal kajian biologi dan geologi, serta infrastruktur yang disediakan di PPL. Jamuan ringan turut disediakan kepada para peserta yang hadir.

Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida binti Derahman