Lawatan Lapangan ke Pejabat Meteorologi Langkawi, Kedah

Anjuran            : Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM)

Tarikh               : 5 Julai 2022

Tempat             : Pejabat Meteorologi Langkawi, Kedah

 

LANGKAWI, 5 Julai 2022 – Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM), yang diketuai oleh Ts. Dr. Lim Chen Kim selaku Felo Penyelidik (PPL-UKM) telah mengadakan lawatan lapangan ke Pejabat Meteorologi Langkawi berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA). Lawatan ini turut disertai oleh Felo Penyelidik (LESTARI-UKM) iaitu Dr. Minhaz Farid Ahmed dan 3 orang kakitangan beserta seorang pelajar latihan industri PPL-UKM. En. Hafizudin, selaku penyelia di Pejabat Meteorologi Langkawi serta kakitangannya menyambut baik kunjungan daripada PPL-UKM. Lawatan ini bertujuan memperoleh ilmu pengetahuan mengenai meteorologi disamping menjaringkan hubungan baik antara PPL-UKM dan Pejabat Meteorologi Langkawi, Kedah. Antara perkhidmatan teras yang dijalankan oleh Jabatan Meteorologi adalah ramalan & amaran cuaca, gempa bumi & tsunami, meteorologi penerbangan, klimatologi & agrometeorology serta sains atmosfera.

 

En Hafizudin sedang membentangkan pelan lapangan terbang yang berkait rapat dengan meteorologi penerbangan.

 

Kakitangan PPL-UKM melawat METFARM di Pejabat Meteorologi Langkawi.

 

Cik Farah memberi penerangan mengenai salah satu peralatan meteorologi iaitu pengadang Stevenson di METFARM.

 

Laporan disediakan oleh: Shazmin Hamimi Hafiz