Lawatan Lapangan ke Sekolah Kebangsaan Kilim, Langkawi

Anjuran: Sekolah Kebangsaan Kilim (SK Kilim) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM)

Tarikh: 30 Mac 2022

Tempat: Sekolah Kebangsaan Kilim, Langkawi, Kedah

LANGKAWI, 30 Mac 2022 – Satu lawatan lapangan ke Sekolah Kebangsaan Kilim (SK Kilim) oleh Dr. Tanot Unjah, selaku Ketua Program Penyelidikan Warisan Geologi dan Landskap dan Cik Asbiyatulaida Derahman, Pegawai Sains Pusat Penyelidikan Langkawi, Universiti Kebangsaan Malaysia (PPL-UKM) telah diadakan bagi memenuhi undangan Guru Besar SK Kilim iaitu Puan Noor Ismahwati Ismail, yang mana bertujuan mendapatkan bantuan dalam pengenalpastian jenis batuan bagi koleksi batu-batuan yang terdapat di sekolah tersebut. SK Kilim adalah merupakan salah sebuah Sekolah Angkat (Geopark) kepada Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp) yang mendapat pengiktirafan daripada Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) bagi menerap serta membudayakan nilai-nilai geopark kepada generasi baharu khususnya murid-murid sekolah rendah. Turut bersama-sama hadir semasa lawatan ini adalah Pegawai daripada LADA, Encik Muzaffar Zoher serta pelajar latihan industri PPL-UKM iaitu Cik Shazmin Hamimi Hafiz.

 

Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida Derahman

Sumber foto: PPL-UKM