Lawatan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka

Anjuran: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)

Tarikh: 31 Januari 2019

Tempat: Galeri Penyelidikan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Salah seorang panel pakar perunding Bahasa Melayu, iaitu Pn. Hjh Zanariah binti Abdol bersama beberapa kakitangan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka telah melawat ke Galeri Penyelidikan PPL pada 31 Jan 2019 yang lalu. Tujuan lawatan ini adalah sebagai pengumpulan maklumat bagi penyediaan penulisan untuk penerbitan buku teks Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bagi kegunaan mulai tahun 2020. Turut serta mengiringi lawatan adalah beberapa kakitangan LADA daripada Bahagian Geopark.

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.