Lawatan oleh Fakulti Sains dan Teknologi & Petronas Research Sdn. Bhd.

Anjuran: Fakulti Sains dan Teknologi, Petronas Research Sdn. Bhd. dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Tarikh: 29 Oktober 2019

Tempat: Makmal dan Galeri Penyelidikan PPL, Langkawi, Kedah.

Pada 29 Oktober yang lalu, pakar-pakar penyelidik daripada Fakulti Sains dan Teknologi (FST, UKM) bersama-sama kakitangan Petronas Research Sdn. Bhd. (PRSB) telah mengadakan lawatan ke Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL). Semasa lawatan, para peserta yang hadir diberikan taklimat ringkas di Galeri Penyelidikan serta dibawa melawat ke makmal-makmal kajian biologi dan geologi yang terdapat di PPL. Lawatan selama 2 jam ini telah disertai oleh 22 orang peserta.

 

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.