Lawatan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak (JPNPk)

Anjuran: Jabatan Perhutanan Negeri Perak (JPNPk) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Tarikh: 14 Ogos 2020

Tempat: Galeri Penyelidikan PPL, Langkawi, Kedah

Pada 14 Ogos yang lalu, satu sesi lawatan telah diadakan oleh beberapa orang pegawai dari Jabatan Perhutanan Negeri Perak (JPNPk) dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia ke Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL). Para peserta lawatan yang hadir disambut mesra oleh pegawai-pegawai dan kakitangan PPL, serta seterusnya dibawa melawat ke Galeri Penyelidikan PPL. Penerangan ringkas di galeri disampaikan oleh Pengerusi dan Pegawai Penyelidik Kanan PPL iaitu Prof. Dr. Norhayati Ahmad dan En. Nik Mohd. Noor Faizul Md. Saad. Selain itu, perkongsian ilmu dan perbincangan mengenai pembangunan sebuah Pusat Penyelidikan Kecemerlangan Hutan Paya Laut juga turut diadakan bersama pengerusi PPL dan Prof. Emeritus Dato’ Dr. Abdul Latiff Mohamad, yang merupakan Felo Penyelidik PPL. Peserta-peserta lawatan juga turut diiringi oleh Prof. Dr. Norhayati Ahmad dan Prof. Emeritus Dato’ Dr. Abdul Latiff Mohamad semasa lawatan ke kawasan Kilim Karst Geoforest Park. Lawatan berakhir dengan pemberian cenderamata oleh kedua-dua belah pihak serta jamuan makan tengah hari.

 

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.