Lawatan oleh Lembaga Urus Air Selangor

Anjuran: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Tarikh: 1 Julai 2019

Tempat: Bilik Seminar PPL, Langkawi, Kedah.

Satu lawatan teknikal oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) ke Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) telah diadakan pada 1 Julai 2019. Lawatan teknikal ini bertujuan memahami penyelidikan berkaitan pemuliharaan warisan terintegrasi dan pembangunan geopark di Langkawi. Peserta-peserta lawatan diberikan taklimat ringkas mengenai pengenalan kepada PPL oleh Cik Asbiyatulaida binti Derahman, beserta tayangan video PPL dan Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp). Kemudian, para peserta dibawa melawat ke makmal-makmal dan Galeri Penyelidikan PPL. Pelbagai info dan perkongsian maklumat telah diperolehi menerusi lawatan selama 2 jam tersebut. Selain daripada kakitangan-kakitangan PPL, para pelajar Latihan Industri (LI) PPL juga turut serta membantu perjalanan lawatan.

Taklimat ringkas oleh Cik Asbiyatulaida binti Derahman, iaitu Pegawai Sains PPL.

 

Lawatan di Makmal Herbarium (kajian biologi).

 

Lawatan di Makmal Rokarium (kajian geologi).

 

Lawatan di Galeri Penyelidikan PPL.

 

Penyampaian cenderahati oleh pihak LUAS dan PPL.

 

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.