Lawatan oleh Media Penerbitan

Anjuran: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Tarikh: 8 Julai 2019

Tempat: Galeri Penyelidikan PPL, Langkawi, Kedah.

Satu lawatan ke Galeri Penyelidikan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) anjuran Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah diadakan pada 8 Julai yang lalu. Lawatan selama sejam ini disertai oleh beberapa media penerbitan termasuklah A Pen Media Sdn. Bhd. dan The Sun. Tujuan lawatan ini adalah bagi memperkenal dan mendedahkan peranan PPL dalam pembangunan Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp) yang mana merupakan salah satu pihak berkepentingan LADA dan Geopark Partner. Lawatan ini dikendalikan oleh Cik Amilia Che My dan dibantu oleh beberapa pelajar Latihan Industri (LI) PPL.

 

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.