Lawatan oleh Pelajar Geosains Universiti Malaysia Kelantan

Anjuran: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Tarikh: 16 November 2019

Tempat: Makmal dan Galeri Penyelidikan PPL, Langkawi, Kedah.

Fakulti Sains Bumi daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli telah mengadakan program International Geo Exploration De Langkawi 2019 bagi memenuhi aktiviti tahunan Kelab Explorasi para pelajar pada kali ini. Program yang bermula pada 15 hingga 21 November ini disertai oleh pelajar-pelajar tahun 3 jurusan Geosains. Sehubungan itu, tujuan lawatan ke Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) adalah untuk mendapatkan maklumat serta menganalisis dan memerhati penemuan-penemuan di Galeri Penyelidikan PPL bagi kajian formasi batuan dan landskap geologi sekitar Pulau Langkawi, disamping bagi mendapatkan idea tentang asal usul pembentukan Pulau Langkawi. Selain lawatan ke galeri, para peserta lawatan juga dibawa melawat ke makmal-makmal biologi dan geologi bagi mendapatkan gambaran yang lebih mendalam tentang kajian-kajian yang telah dan sedang dilakukan di PPL. Penerangan dan taklimat ringkas telah disampaikan oleh En. Muhammad Nikman Ahmadan.

 

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.