Lawatan oleh Satun UNESCO Global Geopark

Anjuran: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)

Tarikh: 12 Jun 2019

Tempat: Galeri dan Makmal Penyelidikan Pusat Penyelidikan Langkawi, Langkawi, Kedah.

Satu lawatan ke Galeri dan Makmal Penyelidikan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) telah diadakan pada 12 Jun yang lalu oleh beberapa pegawai dan ahli akademik daripada Satun UNESCO Global Geopark (SUGGp) dan Songkhla Rajabhat University (SKRU). Lawatan selama 2 jam setengah ini dipenuhi dengan perkongsian info berkaitan penyelidikan serta peranan utama PPL sebagai pusat penyelidikan di Langkawi UGGp. Senarai peserta lawatan termasuklah:

Pegawai daripada Satun UNESCO Global Geopark (SUGGp):

  1. Narongrit Thongprue (Pengarah Satun UGGp)
  2. Tawsaporn Nuchanong (Penasihat Satun UGGp dan Ketua Pengarah, Jabatan Sumber Mineral, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Thailand)
  3. Jaruwan Tanakit
  4. Chalatchai Sundara-Vicharana

Ahli akademik daripada Songkhla Rajabhat University (SKRU):

  1. Assistant Prof. Dr. Pongsak Thongnuaeakhaeng (Timbalan Pengarah Satun UGGp)
  2. Dr. Panatda Siriphanich (Pensyarah Satun UGGp)

 

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.