Lawatan oleh Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Min Nam, Langkawi

Anjuran: Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Min Nam dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Tarikh: 6 November 2019

Tempat: Makmal dan Galeri Penyelidikan PPL, Langkawi, Kedah.

Satu lawatan sambil belajar ke Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) oleh pelajar-pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Min Nam telah diadakan pada 6 November 2019 yang lalu. Lawatan ini bertujuan memperkenalkan dan memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang PPL dan Langkawi sebagai geopark. Lawatan yang disertai oleh 33 orang pelajar sekolah beserta 3 orang guru pengiring ini disambut mesra oleh kakitangan-kakitangan PPL yang bertugas.

 

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.