Lawatan oleh Sekolah Kebangsaan Selat Bagan Nyior (SKSBN) Langkawi, Kedah

Anjuran: Sekolah Kebangsaan Selat Bagan Nyior (SKSBN) & Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM)

Tarikh: 7 Disember 2022

Tempat: UKM Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (KTAHMS), Langkawi, Kedah

LANGKAWI, 7 Disember 2022 – Sekolah Kebangsaan Selat Bagan Nyior (SKSBN), Pulau Tuba, Langkawi telah mengadakan satu lawatan ke Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM). Lawatan selama 2 jam ini telah dihadiri oleh beberapa orang pelajar beserta guru-guru pengiring daripada SKSBN. En. Nik Mohd Noor Faizul Md Saad yang merupakan Ketua Pegawai Penyelidik PPL-UKM telah memberikan penerangan berkaitan geopark dan taklimat ringkas di Galeri Penyelidikan PPL-UKM kepada para peserta yang hadir.

Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida Derahman