Lawatan oleh Wakil Bohol Island Aspiring UNESCO Global Geopark

Anjuran: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Tarikh: 18 Oktober 2019

Tempat: Makmal dan Galeri Penyelidikan PPL, Langkawi, Kedah.

Pada 18 Oktober yang lalu, Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) telah menerima lawatan daripada wakil Bohol Island Aspiring UNESCO Global Geopark yang terletak di Filipina. Lawatan ini diketuai oleh Cik Rasanubari Asmah Rahmah Abd Hamid, iaitu wakil daripada Bahagian Geopark Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). Beliau telah dibawa melawat ke Galeri Penyelidikan dan makmal-makmal yang terdapat di PPL.

 

Laporan oleh Nor Amilia Che My.