Lawatan oleh Wakil Pemerintah Provinsi Jawa Barat

Anjuran: Pemerintah Provinsi Jawa Barat, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Tarikh: 05 Disember 2019

Tempat: Galeri Penyelidikan PPL, Langkawi, Kedah

Pada 5 Disember yang lalu, wakil daripada Pemerintah Provinsi Jawa Barat telah melawat ke Galeri Penyelidikan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) menerusi program familiarization trip (FAM trip) anjuran Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). Program ini adalah bertujuan memberi pendekatan dan pendedahan tentang konsep geopark dan pembangunan lestari yang diamalkan di Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp). Seramai 4 orang peserta telah hadir bersama kakitangan pengiring daripada Bahagian Geopark LADA.

 

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.