Lawatan Sambil Belajar oleh Pelajar Geologi UKM

Anjuran: Fakulti Sains dan Teknologi (FST), UKM

Tarikh: 25 April 2019

Tempat: Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), Langkawi, kedah

Seramai 48 orang pelajar tahun dua jurusan Geologi UKM dan 5 orang pelajar dari Universitas Islam Riau (Indonesia) telah mengikuti lawatan sambil belajar ke Galeri Penyelidikan PPL pada 25 April 2019 yang lalu. Lawatan dari Pusat Sains Bumi dan Alam Sekitar (PSBAS) ini diketuai oleh Prof. Madya Dr. Habibah Jamil, iaitu Ketua Program FST-UKM. Turut hadir bersama mengikuti lawatan ini adalah Dr. Norasiah Sulaiman dan Pn. Marilah Sarman, iaitu pensyarah-pensyarah dari FST-UKM. Semasa sesi lawatan, para pelajar diberi taklimat oleh kakitangan PPL yang bertugas.

 

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.