Lawatan Sambil Belajar Pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Universiti Sains Malaysia (USM)

Anjuran: Universiti Sains Malaysia (USM) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM)

Tarikh: 17 Julai 2022

Tempat: UKM Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (KTAHMS), Langkawi, Kedah

 

LANGKAWI, 17 Julai – Seramai 51 orang pelajar daripada Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Universiti Sains Malaysia (USM) telah membuat lawatan sambil belajar ke Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM) pada Ahad lalu. Para pelajar tersebut yang mengikuti kursus Sarjana Muda Kejuruteraan Awam telah diiringi oleh 4 orang pensyarah termasuklah Prof. Dr. Mohd Suffian Yusoff (Dekan), Dr. Rosnani Alkarimiah (Pengurus Kursus), Dr. Nik Azimatolakma Awang dan Dr. Herni Halim. En. Othman Ayeb, selaku Felo Bersekutu PPL-UKM telah memberikan penerangan tentang Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp) kepada para peserta lawatan di galeri. Pegawai Sains PPL-UKM, iaitu Cik Asbiyatulaida Derahman turut memberi taklimat semasa lawatan di makmal beserta penerangan ringkas tentang pengurusan buangan terjadual sisa kimia di PPL-UKM. Lawatan selama 2 jam ini berakhir pada pukul 12.30 tengah hari.

Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida Derahman